Lafaz yang tersimpan

Lafaz Yang Tersimpan-UNIC


Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Lirik lagu dari kumpulan nasyid UNIC. maksud yang mendalam
boleh ditafsir dalam pelbagai maksud. kbanyakan memahaminya sbg
kata2 cinta kepada sesorang yg diminati.
tp yg mksud yg boleh disampaikan ialah lafaz kasih yg tersimpan
oleh seorang anak kepada ibu bapa. 

konfem ke esok masih ada?
konfem ke sempat kita btemu ibu bapa kita?
peringatan untuk diri saya sendiri juga :(

moga dkesempatan yg ada ni dapat kita gunakan sbaiknye.
lg2 dkat exam, kol2 mak slalu :) insyaAllah.

Peace be upon you :)

Bookmark the permalink. RSS feed for this post.

Leave a Reply

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.